Sunday, June 23, 2013

Syukur Nikmat Kesihatan

Ahad, 23 Jun 2013.

Assalammualaikum wbt..

Ingatan masih lagi segar akan setiap peristiwa yang aku lalui selama 3 hari 2 malam di DEMC. Banyak perkara yang RNS belajar dari pengalaman warded di situ. Sebelum diwadkan di DEMC, dua hospital I visited to get treatment. Unfortunately, disebabkan hal-hal tertentu I terpaksa refer to other hospital. Bayangkan ke hulu ke hilir dengan badan yang lemah and perasaan yang tak tentu arah. Kalau ikutkan, nak saja aku menjerit tatkala perasaan marah, sedih dan celaru yang bercampur baur menjadi satu. Namun aku tahu. Setiap bisikan di hati, ada Zat yang sentiasa mendengar. Dan saat itu juga, akal memainkan peranan untuk berfikir sama ada perbuatan yang akan kita lakukan membuahkan pahala atau menambahkan beban dosa.

Alhamdulillah, hari ni dah semakin sihat. Itu yang saye suka! Walaubagaimanapun, RNS tak pernah menyesal bila rasa sakit. Sebab dari situ RNS belajar untuk lebih bersyukur dan RNS percaya itu salah satu jalan untuk RNS kuatkan lagi hubungan dengan Penciptaku. Besides, there's always a lesson that I've learnt from my experience. Always! It makes me ponder about my past. Something what i've been through that leads me to this. And let it be a secret.

Sebenarnya RNS dimasukkan ke hospital disebabkan demam panas ditambah pulak dengan bintik-bintik merah (petechial haemorrhage) di badan. Ujian darah menunjukkan my platelets and WBC (white blood cell) drop below normal range. Bila platelets count low, doctor terpaksa tahan di wad sebab dikhuatiri berlaku komplikasi seperti pendarahan, misalnya. Selalunya symptoms yang seperti RNS alami ini adalah tanda-tanda demam denggi. Tapi berkali-kali test dengue dibuat tetap show negative result. So doctor diagnosed as viral infection. So nothing serious pun. Just acute infection. It can be managed by just IV fluid replacement and vitamin C.  

Apa yang RNS belajar?


Pertama sekali, jangan sia-siakan nikmat kesihatan yang sihat. Before this, RNS pernah la rasa macam seronok jugak demam ni. Dapat MC, tak payah pergi kuliah, boleh duduk kat bilik and tidur sepuas-puasnya. Tambah lagi, ada pulak housemate yang masakkan bubur and layan kita macam Tuan Puteri. Rasa macam special gila kan?! (hahaha)

Tapi life is not always easy...

Cuba kau demam time study week and dua tiga hari nak exam final?! Ambik kau! Nak sangat demam and sakit bagai.. Baru tahu langit tu tinggi ke rendah! Waktu tu kawan-kawan lain sibuk berhempas-pulas kerah usaha untuk score peperiksaan, kita pulak...? Nak study pun,  tak boleh. Kalau hati memaksa sekalipun, fizikal tubuh badan pulak yang tak mengizinkan. Nampak kan? So... belajarlah syukur dengan kesihatan yang sihat. Kalau dah sihat tu, rajin-rajinkanlah tunaikan amanah dan tanggungjawab kita seharian. Mudah-mudahan kita tak mendapat kerugian dan menjadi orang yang sentiasa berjaya. ^_^

Keduanya, I feel the presence of my loved ones even stronger. My family of course! Mama, ayah, opah, abang, adik-adik, saudara-mara, dan tak lupa juga kawan-kawan yang sentiasa menemani RNS! Terima kasih sangat sangat sangat sangat sangat!! Kehadiran mereka semua ni lah menjadi sumber kegembiraan dan buat RNS tersenyum setiap hari!

Ni housemate punya buah tangan untuk orang sakit. Comel sangat!

Mulanya kosong, kemudian dipenuhi dengan nikmat rezeki. Semuanya buah tangan from my housemates, amal and mira. Tak lupa juga pada kawan-kawan lain yang mendoakan walaupun tanpa pengetahuanku. Allah buka hatiku, memang inilah sahabat2 yang ada di waktu aku dalam kesusahan dan dalam senang. Jazakallah! ^_^

Also, special thanks to all DEMC staffs for their services. Dr. Aizan yang sentiasa tersenyum dan tersangatlah caring. Setiap kali datang periksa, ada saja yang buat aku tergelak. Tak lupa juga pada nurse2 yang peramah dan sabar melayan aku yang rajin tekan butang bilik mintak itu ini. Terima kasih jugak pada kak Ema (cousin Wafaa) sebab tolong admission. :)

Salah satu meal yang sedap :)

Okay tu je cerita ringkasnya.. Beri laluan untuk saya tumpukan masa untuk ulangkaji final Sem 2 Exam pulak ye!


Tata titi tutu!! ;P

p/s: Tak lama lagi list nama hospital mana untuk practical year 3 akan keluar.. di manakah akan aku ditempatkan?? Allah knows best.. :)